Monday, July 9, 2012

Masalah Lagi !

Assalammualaikum .

This afternoon .

I was such a ''ribut'' , sampai leher sakit . Uh! . Janji dengan kawan pukul 9 pagi nak jumpa , nak tahu I oversleep this morning . Masya-Allah , kenapalah ?

No problem selepas tu ,  I punggah segala barang empunya kawan masuk ke dalam bonet . Pergh , penat kut ! My brother tengok ajer , tahu dalam hatinya rumah dah jadi stor simpan barang diorang . Sepatutnya , diorang tu datang ambil , ni tak saya pulak kena angkut bawa balik dan beri balik kepada diorang .
Ish , okay sorry . Saya terlalu lembut , kena tegas sikit !

Continue ... so , I drove to my friend's house in Lunas . Dengan leher rasa tak selesa , mata rasa berat semacam dan that time , i felt very uncomfortable .
Lepas ambil kawan di Lunas , I suruh abang I drive sebab jalan Kulim berliku-liku , penuh traffic light , cars , jammed!

On the way to rumah sewa yang memeningkan kepala tu , otak berfikir dan bermain soal jawab . I was thinking , kalau saya tak tinggal di asrama . For the whole semester , I kena ambil diorang di rumah sewa yang memeningkan tu . Ya Allah , walaupun diorang bagi duit minyak sekali pun . Sorry to say , saya tak sanggup . Bukan tak nak tolong tapi rumah saya jauh lagi dari poli .

Imagine , from my house in Merbau Pulas . I kena drive hampir 20 kilometer ke Kulim , sampai di Kulim kena pergi rumah sewa diorang jauh sikit dari poli . Gosh ! Penat , jalan situ sesak kut time pagi dan petang . Diorang naik kereta relax jer , I kena ulang sana sini for them . bukan tak nak tolong , fahamlah juga keadaan saya ni . Apatah lagi , bulan Ramadhan . Don't make me faint on the road , dear !

Tolong sekali -sekala bolehlah but for everyday . My parents pasti marah . I dah kena marah dengan abang I tadi pasal ni . Woah , my headache .

By the way , u'olls kan boleh bawa motosikal . So , tak boleh ke korang bawa motor tu ke rumah sewa . Lagian , ada tiga orang boleh bawa motor dalam rumah tu . Takkan tak boleh bawa motor sendiri ?
Janganlah terlalu mengharapkan orang , bila nak berjaya macam ni ?

Kalau korang berada di tempat saya , mesti korang pun tak mahu kan ambil kitaorang setiap hari . Penat !Dahla rumah jauh , kena pilak ke rumah sewa atas bukit tu . Kesianlah sikit . Saya berlembut pun jangan sampai korang nak pijak kepala I . Ikhtiarlah sesuatu .

Bayangkan , satu hari tu I have a trip but u'olls tak participate . Nak juga ke I hantar u'olls ?

Apapun ,  I think I need to talk with them slowly . I have my own life . No way , I kena jadi driver diorang . Nak pergi sana sini , mesti saya jer kan orangnya boleh diharap tapi u'olls tak pernah pulak nak tolong I when i was upset or in troubles . I know !

Pengajaran di sini , jangan biar orang naik kepala kita dan pijak kita . Nak tolong boleh , tapi ikut kemampuan dan kehendak hati . Biarlah dengan kerelaan dan keikhlasan bukan paksaan .
Terima kasih .



Wednesday, June 27, 2012

Afro!



Assalammualaikum .
Saya harap ia tak mengejutkan sesiapa .

This morning .

Lepas solat .

Saya terfikir saya nak berambut afro . Sejak bila pulak ?http://www.emocutez.com
Sejak saya bangun dari tidur tadi , saya duduk depan cermin dan saya ''memuji kecantikan yang luar biasa'' di raut wajah saya yang ''comel'' ini .
Perghh ... PERASAN! PERASAN! Tak malu betul !

Selepas itu , boleh pulak tengah solat ni terfikir pasal rambut afro .Nampak sangat tak khusyuk masa solat .   Ish , tak patut betul . Cepat-cepatlah insaf .

Mesti best kan , rambut kerinting kembang bulat tu http://www.emocutez.com he he he . Lepas solat , doa zikir semua . Saya duduk di sofa sambil memejamkan mata dengan erat . Kononnya nak sambung tidurlah katakan . Tapi , afro dream  ni masih terbayang di kepala . Agak-agak , saya akan pergi saloon tukar hair style tak ???

Jeng...Jeng...Jeng...

Ko jangan buat naya . Dahler , rambut sekarang ni dah pelik semacam . Ish ish ish ... . Time basah , lurus murus . Time siang , ikal mayang semacam. ish...ish ...ish ...macam parah jer . Rambut bermasalah ni .http://www.emocutez.com wuwuwu'' ...
Tapi , time malam , bersinar semacam .. eh eh ...iye iyelah tu .Bersinar kunun!

Pelikkan ? tetibe ...

Bukan apa , saya tengok orang yang berambut afro ni sangat unik dan perwatakkan mereka agak berlainan dan luar biasa daripada kebanyakkan  . Bukan nak kata pelik , cuma berlainan . Macam rambut afro tu telah menguasai orang tu . Fuyoo ... pandai mereka cipta cerita . Tetibe , rasa nak buat movie tentang kuasa rambut afro . Amacam , okay tak ?

Jawapannya adalah http://www.emocutez.com........

Okay , saya nak termenung panjang lagi selepas ni . Tentang rambut afro . Yeah , mungkin saya akan buat satu dokumentari tentang rambut afro . hoh!http://www.emocutez.com


Akhir kata , jika saya diberi kesempatan untuk berabut afro . Mungkin , saya secantik dia ?? ho ho ho

                                   Dan , wanita ini mendapat World's Largest Afro . Oh yeah !!!

pst : Sila baca entri ini dengan mood yang gurauan bukan serius ya . Terima kasih .
Assalam.

Monday, June 25, 2012

Jalan Yang Baru

Assalammualaikum semua ...
Wah , dah  lama benar tak jenguk blog sampai terlupa password ...
Kejap , nak kira berapa abad saya tinggal blog ni ..hurmm...1 , 3 , 6 .... ermmm lapan bulan .... huh! http://www.emocutez.comLAPAN!!!!
My feveret numberlah!!!! ho ho ho

Hari ini , sila baca title dengan jelas dengan penuh ketelitian , ya , benar sekali . JALAN!
Saya bukan nak cerita pasal orang JKR  buat jalan raya ke or lebuh raya utara selatan .
No no no ... Jalan yang baru yang dimaksudkan adalah hidup yang baru dimulai di tempat baru . Begitu .
Okay , mungkin tajuk tak sesuai ... huhu... sabarlah saya tengah kuliah berblogging ni dengan senior semua .
Minta simpati !

Stop dengan drama tanpa tajaan !!!

Okay , terus terang saya memang pemalas dan tidak ada IDEA nak update kebender !!!
Alamak ! Tiba-tiba , ada pengakuan jujur di sini . Memang tak malu !http://www.emocutez.com
Actually ,  saya memang payah nak pegang laptop sejak saya belajar di poli Kulim ...
Kerja berlonggok bertimbun , kerja kumpulan , kuiz , test kejut-mengejut , sila baca dengan sekali nafas ...
Rasailah penderitaan saya ni  !!!!
http://www.emocutez.com hihi...
Tapi , ia membuahkan hasil . Alhamdulillah .
Tapi again , saya memang nak blogging cuma MASA  tolak saya jauh-jauh dari laptop yang sudah berkampung lamanya di dalam loker . Tapi , facebook , sempatlah juga touch sana sini . ahaks! >_<!

Berbalik saya di poli . Banyak sekali peristiwa yang saya alami sepanjang belajar di poli Kulim . Roomateku Hana , ya aku rindu kamu tak sabar nak jumpa semester depan . Cakap pasal semester , ni buat saya segan sikit . Iyelah , semua kawan sebaya saya dah semester tiga , saya ni terkedek-kedek nak menjejak kaki ke  semester dua .. Aselehe betul ... nak buat bagaimana lagi . Inilah suratan takdir yang sudah tertulis untukku.http://www.emocutez.com
huhu...
Tidak dilupakan juga!!! Hari yang membuatkan saya mencipta sejarah dalam hidup , abang alle , saya terima cabaran kamu !!!
Dari kisah love story yang dipendam , hahahaha http://www.emocutez.com. Memang kebudak-budakan  betullah . Time berlari di koridor tak berbumbung dan terserempak dengan Moon . Atoyai , jumpa Bulan Purnama pada siang hari . Memang demam betullah budak kecik ni !

Dan , kisah saya bergaduh dengan budak lelaki . Parah betul ! Tak pernah saya menangis teresak-esak sebegitu . Semua macam salahkan saya jer . Lagipun , terimalah hakikat yang hakiki lagi sebenar dan realiti tiada imaginasi , saya tak ada perasaan kat awak !!!!! huh!!! susah ke nak faham bahasa saya mudah lagi simple ? ehey...

Apa lagi ya , hurmm haaa... kisah menaiki tangga kejayaan ke bilik kuliah . Perghhh..huuu~~ http://www.emocutez.com!!! Memang kalau ada sesape nak kuruskan badan , memang saya syorkan sila panjat tangga yang terdapat satu-satunya di poli Kulim iaitu di  Commerce Department . Berpeluh-peluh separuh pengsan naik tangga yang ''CURANG'' aka curam tu ...  amacam , ada berani  ka , macha ??

Library yang sudah tersedia kerusi meja , ya saya memang degil , tetap duduk di atas lantai yang agak bersih itu . Saya selesa di situ daripada meja tinggi tu . Mimpi ngeri betullah . Baik duduk bersila atas lantaihttp://www.emocutez.com . Orang nak pandang , pandanglah I tak kisah . I okay ajer . I tahu you nak duduk di atas lantai bukan? I faham . Itulah membuatkan saya selesa belajar . Kat rumah pun saya meniarap , berguling-guling atas lantai sambil study . Sorry , tak dapat nak buang . Hanya itu saja cara yang membuatkan saya fokus dan dapat beri perhatian penuhhttp://www.emocutez.com !!!!

Baiklah , apa lagi mahu saya ceritakn . Entahlah , hahaha ..okay dah lewat malam . Esok mungkin ada cerita yang menarik . Yelah , cerita Filipina kat TV3 tu pukul 3 petang Mara Clara ... Suka cerita yang pasal budak pandai-pandai lagi baik hati ... Pencetus semangat!!

Nite..Nite...
Wassalam .. ehh .. good morning!

Thursday, October 27, 2011

.1323.

Assalammualaikum semua ...
Lama benar , saya menyepi daripada blogging...
Apa nak jadi budak ni ? 
Apa cer kalian semua sekarang ? 
Kawe nak tanya , tahu ke apa tu .1323. ???
Tak tahu ? Tak nak tahu ? 
Itu nombor rumahlah , susah betul ....
Ini nomor rumah saya tinggal selama empat bulan menyepi ...
banyak sekali memori yang susah nak dlupakan ...
peristiwa lucu , sedih , menakutkan dan macam-macam lagi ...
Ayuwah , kenali mereka ...

Cronicle 1323 Semester Satu 

:: Eyka::
Saya selalu ''gaduh'' dengan dia tanpa besebab ...
Suka-suki jer , banyak meori dengan anak yang tinggi ini ...
Ganbatte kudasai yah final ni .... ^_^v

::Shaa::
Anak Johor , selalu saja digelar Anak Datuk ...
Kaya dowhh , hohoho....
Pandai pulak orangnya , untung benar cha,cha,cha...chafiq 
cha..cha..cha....chafiq <-- Lagu ala Lady Gaga ...
Hahaha , comel je .... 

::Shue::
Dik Shue , dik Shue , manja juga kadang-kadang ...
Time makan , mahu disuap , tapi kawe tak kisah pun ...
Mengeratkan hubungan silaturrahim , betul tak ? 
Dah nak behenti di Unisel  , sekali sekala suap-suap betul tak dik Shue ....
Jom pegi poli !!!

::Hanna-chan::
Anak Jawa ni , banyak peminat tahu ...
Klau ke wall dia , banyak post yang berfaedah gitu dan memberi kesedaran ...
Thumbs up to Hanna Chan ....
Keep it up , Hanna chan ... 

::Kak.Fini::
Kak Fini yang happie-happie , saya selalu bekongsi masalah dengan dia , 
kongsi cerita , kongsi Koko Krunch , Kongsi gosip ....'waduh , banyak juga kongsinya ...
ahli kongsi gelap !!!! hohoho...
Yang paling diingati , sayur campur kak fini memang meletup ....

::Kak.Ika::
Kak ika punya cerita , kami berdua selalu berkongsi cerita mengenai orang-orang yang diminati 
di bilikku ... suka masakan kak ika , masakan orang johor ...
last masakan yang saya rasa sebelum berhenti di Unisel , kerabu Johor dan Asam Pedas Johor ...
Pergghhhhh .... sedapnyeerrr....
Malangnya , hari itu tak sempat nak jumpa kak ika sebab saya sudah keluar asrama ...
Maafkan nad kak ..huhu

::Kak.Fiza::
Kak Fiza !!! Jangan tembak cheq !!! Cheq takut !!!
Selalu kena tembak dengan kak Fiza ...
Kamilah pemilik setia bilik 2 di 1323 ...
macam-macam kami bual ...
Ada banyak jenis shawl dan baju ... lawa-lawa benar ...
Jelez I ... haha ...

::Kak.Sue::
Ahli baru yang baru masuk 1323 September lalu ...
Rindu kak sue , yang kelakarnya ...
Saya selalu terjaga terdengar Alarms jam kak Sue , jam sendiri tak dengar pula ...
and Kak Sue dengar Alarms saya pula ?
Huh??
waduh , telinga ni , kalau berada dalam jarak jauh baru boleh dengar meh ?

::Kak.Tikah::
Kak Tikah ni tinggal sekelap saja di Unisel , dapat tawaran belajar di UITM ...
Orangnya sangat peramah dan cantik ...
Tak pernah nampak Kak Tikah marah , senyum sahaja orangnya ..... 

Ayuwah , terus layan gambar yap !


PC Fair .... haissshh , rinde bebenor time cegini ...
dari kiri anda Hanna-chan , Dik Shue , Kak Fini , Eyka , me? , Shaa dan Kak Ika ....


Lepas shoping , hang out di playground main buaian .... hoholala ...


Rezeki !!!! Beratnya dowhh....


Tunggu Seraaannnnaaaasssssss .....~~~


Aksi mahu terjun tasik ....


Hujan malam , tempat main badminton di gelanggan MAIS ...


My classmates ... rindu kalian ....huhuhuhuhuhuhuhuhu


Snap terakhir buat UNISEL .... papay !!!


Menuju ke perhentian Bas .... Seranas I'm Coming Waiting ...
Tell th world im waiting for yoouuuu......


Main terjah konon , hahaha.... cheeseeee sayang-sayangkuuu...


Malam macam nak pergi function [adahal pergi dengar ceramah koku jer pun .....


Anak-anak 1323 ..... ayu seeyhhhh....

Kelas terakhirku , Proficiency English .....
Muaahhh .....

Memori masak bersama-sama ...
Pergi kuliah bersama-sama ...
Sekali dalam hidup menjadi sardine sempit dalam Seranas ...
hanya pelajar Unisel yang memahami situasi desperate ni ....
sekali dalam seminggu merasa di bilik kuliah di LT1 ...hoho
Rindu tempat hadapan kita kecualiiiiii kelas BI .... hoho..
memori membuang samah bersama-sama pari-pari kecilll...
memori study di lantai guling-guling dengan selimut and snacks...
memori bersama main badminton di malam hari .... smash!!!
memori jalan-jalan di Tasik Shah Alam ....
main monkey hang-hang di playgrounds<-- dlm BM apa ek?? tak ingat !!!
pegi shopping di PKNS besama dengan berjalan kaki ..bestttttt!!!!!
memori geletek bersama-sama hohoho.....
and apa lagi????

Mahu sahaja , saya cerita kisah-kisah lucu , tapi kalau cerita nanti memang 
dua tahun tak habis ... banyak sangat ceritanya ....
Maaf kalau entri kalai ini panjang berjela-jela ...
Minggu ni , tak berapa sihat alergik datang lagi ...
Merah satu badan , huhuhu...
tak tahu nak update entri apa lagi...cadangan ??????????


Friday, July 22, 2011

Hidup Baru Di Tempat Baru

Assalammualaikum semua ...
Alhamdulillah , dapat juga buka blog kerdil ni ....
Maaf , lama benar tak update blog ni ....
Sibuk dengan assigment dan saya tak bawa laptop bersama semester ini ...
Sebab tak guna sangat dalam semester ini ....
Tapi ... tapi ... siapalah yang nak ke blog kerdil ni ...
Astagfirullah ....

Buat masa sekarang , saya tak guna hanfon yang berteknologi tinggi 
yang boleh snap gambar ke ape .... video pun tak boleh ...
sebab , saya tak ada hanfon sendiri , ini pun sumbangan sayang mama ...
Sayang mama , hanfon yang boleh call dan mesej dan memadai ...
daripada yang bermacam-macam yang boleh menghanyutkan seseorang ....
Astagfirullah ...

Sejak menjejak kaki ke universiti , banyak perkra yag saya sedar dan 
saya perlu ubah dan ambil berat dengan serius ...
Ini bukan kampung halaman , ini bukan rumahmu di kampung ....
Saya perlu berubah , tidak boleh merengek lagi seperti anak kecil...
psstt: saya tak merengek ya !

Dan , Alhamdulillah saya mendpat sahabat yang baik dan caring ....
Syukur Ya Allah , tanpa mereka pasti saya pasti sesat di dunia luar ni ...
Saya kena kejutan budaya yang tak berapa ekstrem ...heheh

Maaflah , saya tak ada gambar mereka sebab hanfon saya murahan aja ...huhu
Mari berkenalan dengan sahabat-sahabat ku ....

Seorang yang ceria dan orang kuat membingitkan suasana ....
Seorang yang pendiam dan tampak garang tapi baik hati sebenarnya ...
Seorang yang cantik dan diminati ramai serta rendah diri  orangnya ...
seorang yang peramah dengan susunan gigi yang putih berseri ...
seorang yang mature dengan braces-nya .... very loyalty ~~
seorang yang pemalu tapi suka bercakap juga ....
seorang yang tomboy tapi batinnya adalah hati suci seperti wanita ....
penampilan je pun yang menampakkan dia seperti tomboy ...
semoga berkekalan hubungan mu dengan Abang Piece ^_^v....Piece~~~
Seorang yang baru mengenali apa itu cinta ....

Haih , sahabatku ... terima kasihlah doe <-- Bahasa KL ....
Sayang kat korang doe ..... <-- Bahasa KL juga ....

Banyak sebenarnya nak kongsi pasal kelapan-lapan housemate saya ni ...
memang kelakar dan saya sangat bertuah dapat berkenalan dengan mereka ...
Ada hikmahnya dari kejadian lepas dan hari ini membuat saya membuka mata dan minda ...
bahawa saya tak boleh memandang mereka dengan sebelah mata kerana perkara yang remeh ...
Don't judge a book by it's cover ...

Sayang kalian semua ..... mari kita semua berusaha budak DIA ~~~~...
Maaflah , tak dapat nak panjangkan lagi entri kali ini ...
assigment penuh dalam beg bukan atas meja ...hoho...

Wish me luck and mish u all luck too ... ^_^

Saturday, June 11, 2011

Hidup Kembali ...

Assalammualaikum semua ....
Wah , sudah lama tak ke sini ....
Sibuk amendelah sampaikan blog tak dirawat dan tak dikasi ubat ....
Okay , sudah merepek ni  ....
Gomenasai !
Tolong maafkan segala  kelakuan dan ketidaksopanan Cik Beskel dan Piano ini !
Owh ya , kalian semua apa khabar ??
Sihat seperti biasakah ??
http://www.emocutez.com
Alhamdulillah , baguslah kamu semua sihat !!!

Wah , banyak sekali perkara saya nak ceritakan di sini ...
Dalam sebulan saya tidak berblogging , lain betul rasanya ...
Dari peristiwa sedih , gembira , mengujakan dan macam-macam lagi ...

Saya baru keluar dari kolej dan sekarang saya berada di rumah ...
Terima Kasih kepadanya , dia menasihati saya dan segalanya ...
Saya berharap kita boleh bertemu kelak ...
Shah Alam , tunggu saya ! Saya datang !
http://www.emocutez.com
Wah , tidak sangka saya akan belajar di universiti ...
Saya tidak pernah berjauhan daripada keluarga dalam jangka masa yang panjang ...
Dan , mungkin ini yang pertama kalinya ...
Nulia ! Kamu sudah melangkah ke alam dewasa ...
Jangan seperti kanak-kanak lagi !
Wah , nervousnya jadi dewasa ! hihi ...
http://www.emocutez.com
Kamu semua , apa rasa jadi dewasa ?

Sebelum ini , salah seorang senior saya telah melamar saya ...
Erk! Saya baru sahaja mahu belajar di universiti ...
Tiba-tiba , begini pula jadinya ?
http://www.emocutez.com
Di sekolah dahulu , saya hanya menganggap sebagai senior dan tidak lebih dari itu ...
Dulu , ada yang ingin menjadikan saya sebagai gf mereka ...
tapi , entahlah ... saya tak dapat fokus dengan perkara ini ...
serta merta saya menolak mentah-mentah dengan alasan
http://www.emocutez.com
'' Maaf ... Kita Kawan , bukan ? ''
Kata Ibu ( Teacher Rohana ) :
'' Apabila kita jatuh cinta dengan seseorang , secara tak langsung ...
ia mengajar kita supaya menjadi lebih dewasa ...
Emosi , Tingkah Laku perlu dijaga dan perlu control ...
Dan yang penting , ia tidak membawa kita kepada kemungkaran...
Jadikan cinta itu sebagai satu motivasi untuk kita ... ''

Saya akan ingat selalu kata-kata ini Ibu , walaupun saya tak tahu apa itu cinta ...
Hari itu , saya berpeluang berjumpa dengan Ibu lagi sebelum ke kolej , beliau menasihati saya ...

'' Kita jangan jual mahal  kepada seseorang yang menyukai kita ...
Cuba buka minda dan hati , beri peluang kepada dia ...
Sebenarnya , lelaki yang menyukai kita itu sebenarnya lebih baik
daripada lelaki yang kita suka ...
Nak tahu kenapa , kerana dia menerima diri kita yang seadanya
berbanding dengan lelaki yang kita suka ...''

Wah , sungguh bermakna sekali ...
Ya , saya akan sentiasa ingat ! Terima Kasih Ibu !
Wah , saya juga nervous nak hadapi semua ini ...
Saya senang melihat sahabat saya Fatin dan Amira ...
Mereka mempunyai teman istimewa dalam hidup mereka ...
Tempat untuk mengadu kesedihan , berkongsi kegembiraan , saling menasihati , berkongsi kejayaan...
Wah , semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke pelamin ... hihi
Wah , kalau mereka berdua dapat tahu tentang , tak ke naya saya kena jadi pengapit mereka ...
http://www.emocutez.com
hahaha~~~ .... X]

Haaa~~ sudahlah jangan main-main lagi ...
Peristiwa yang lalu biarlah ia diterbangkan jauh-jauh ...
Yang penting , satu lagi tanggungjawab yang menunggu saya di Shah Alam ...
Semoga Berjaya!
Wah , manalah tahu , kalau blogger adakan Majlis Bertemu Mesra Dengan Blogger Malaysia ...
Mungkin kita boleh berjumpa , bukan ? hihi

Sekarang ni saya tengah geram ... kenapalah remote ni tak nak berfungsi ?!!!
Cepatlah  berfungsi!!!!!!!!
Adakah kerana semalam , saya begitu teruja apabila pulang ke rumah ...
Lalu , tidak sedar ... saya mengetuk-ngetuk kerusi dengan remote TV http://www.emocutez.comdi ruang tamu ???
Owh tidak!!!~~ ini semua salah saya !!!
Saya kena marah dengan mama kerana merosakkan remote TV buat kali keduanya ...
http://www.emocutez.comSaya memang tak berguna !! =_='' ...

Kepada yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke menara gading ...
Jangan risau , Allah sedang menyusun sesuatu yang indah di masa hadapan ...
Shah Alam !!!!! Tunggu Saya !!!! Saya Datang !!!!
Doakan saya berjaya ...

Friday, May 6, 2011

Omma...SarangHae Yo

Assalammualaikum semua ...
Apa khabar hari ini ?
Saya harap kamu semua sihat as always ...
saya kurang sihat sejak-sejak ni ...
Tapi , hari ini rasa selesa sikit ...

Wah , hari Ahad ini hari ibu ...
Saya masih lagi berfikir dan berfikir ...
hadiah apa ya yang sesuai dan ebih indah daripada biasa
untuk mama yang tercinta ...
Bila ditanya , Mama berkata ,
'' Mama bahagia tengok anak-anak mama besar dan sihat ''
Wah terharu bangat kami bertiga mendengarnya ...

Ada satu kisah yang sangat membuatku menitis air mata ...
Ia kisah tentang saya ..huhu
Dulu , masa saya dilahirkan ...
Kamu semua tahu , keadaan saya sangat kritikal ...
Saya tidak seperti bayi lain , keadaan saya masa itu adalah sangat pucat
badan saya berwarna biru , ( rasa macam pernah cerita dah dalam blog !)
masa tu , doktor pun kata saya ni nak hidup adalah tipis ...
mama saya  tak percaya tahu , abah pun sudah putus asa ...
lalu mama saya membalut saya dengan kain ...
berminggu-minggu dan berbulan-bulan ...
dan macam baby eskimo pulak ~~ huhu
dan alhamdulillah , saya hidup hingga sekarang ...
bersyukur kepadaMu Ya Allah ...
kalau mama tak bertindak seperti itu ...
mungkin tiadalah Aku , Basikal dan Piano ...
saya juga tidak akan  mengenali dunia ini , rakan blogger dan ramai lagi ...
Alhamdulillah ~~~

Kamu semua pasti sudah tahu bukan suara paling merdu di dunia adalah
suara ibu yang mendodoikan anaknya ...
saya tak ingat mama saya dodoikan dengan lagu apa ...
huhuhu...

Sempena Hari Ibu ...
Saya sertakan foto-foto kami adik beradik bersama Mama ...
Buat Mama '' Omma , SarangHae Yo ''

ChilyoHaja !!!



Mama dan abah , hari pertama dinikahkan ...
Sayang mama dan abah ... kerana mama dan abah di dunia ...
Abang Alle , Ciknongah dan Ariss The Bulu-Ing  lahir di dunia ...
Allah yubarik fiqh , mama dan abah ...


Abang Alle dan mama ...
Sayang mama ...muuuaaaahhhhh~~~~ hihi


Bila kita nangis , mama mesti dukung kita dan pujuk kita ...
walaupun perangai mengada-ngada time kecik...
kita buat begitu sebab mahu kasih sayang dan perhatian lebey ....
Jangan nanges cik Nulia oiii~~
saya tak sanggup melihat mama menitis air mata ....
kalau tak saya pun nangis juga ...
Mama , sayang mama ....
Gembiranya mama bersama kami !!!!


Ariss the-Bulu-ing ...
Bila adik ketawa , mama pun ketawa juga ....
'' bahagia sungguh mama tengok anak-anak mama ketawa ...''


Hari raya tahun bila entah , ini di rumah lama ...
rindu sangat rumah ini ...
boleh berlari ke sana ke sini ....
Selamat Hari Raya ~~~ haha


Abah graduate dari UPSI , tiem panas-panas nilah nak bergambor juga ...
waduh~~ cuab tengok saya dah posing maut kat situ ..huhuhu...
tapi gembira mama di sisi kami ...


Abang Alle masuk matrik , time saya dan Ariss masih bersekolah rendah ...
mama di sisi menyokong kami bertiga untuk berjaya walaupun kami bertiga banyak kali
jatuh kerana kegagalan ...
mama , terima kasih mama .... vielen danke !!!


Time raya juga , tak dilupakan , abah ....
Anak-anak abah ...
tengok abah , nak chaw dah ....
Tengok abang alle and the smile ...
tengok ariss and his jilat-milat ...
Tengok saya macam terkejut ..
kami bertiga sememangnya berbeza ...
mama , terima kasih kerana sabar dengan kami
yang banyak karenah ...

Akhirnya sekali , terima  kasih mama kerana telah melahirkan kami ...
menyayangi kami , mengusap kami , mendodoikan kami ...
terima kasih kerana menyuap kami makan ...
terima kasih kerana melahirkan kami yang comel-comel ..ahaks XD
terima kasih kerana membuatkan kami membesar dengan senyuman ...
terima kasih atas segala-galanya ...
dan tidak lupa juga abah yang dicintai ...

Mama pesan kepada kami ...
'' Bila mama dan abah tak ada dunia , ampa adik beradik kena jaga antara
satu sama lain . Susah macam mana pun , adik -beradik kena bersatu .
Jagalah hubungan adik-beradik supaya bila besar ampa tak terpengaruh dengan hasutan
dunia dan manusia .''

Salam sayang akak , alle dan adik untuk mama ... Selamat Hari Ibu  , Mama ...
Mama sakit beritahu kami , jangan sembunyikan ...

Bagi yang tinggal jauh daripada ibu bapa , hubungilah mereka ...
janganlah segan-segan ya menyatakan kita mencintai ibu kita ...
luahkan sahaja , kalian tahu , bila kalian luah ...
ibu kalian akan tersenyum dan tersedu-sedu ...
Hubungilah mereka ya ...
Kita tak tahu , bila mereka akan pergi ...
Serius kukatakan , saya tak bersedia kehilangan mama dan abah ...
saya masih memerlukan mereka untuk survive di dunia yang semakin mengerikan ...

Entri Khas daripada kami bertiga ... ^_^
Alle , Nazirah dan Haris