Sunday, April 24, 2011

Shout-Shout di Malam Hari ala-ala Tarzan

Assalammualaikum semua ....
Apa khabar semua ?
Saya sihat seperti biasa ...
saya harap , kamu semua sihat juga ya !

Hari ini agak penat , goreng sana sini ...
esok skolah mama ada Hari Kantin huhu ~~
Oleh disebabkan banyak kerja nak buat , saya pun buat panggilan SOS
kepada sepupu saya Kak Ummie yang tinggal di belakang rumah ...
Maka anak-anak menakan pun datang memeriahkan susasana di kala malam ...
mereka baru sahaja pulang ...
mereka adalah Syikin , Aisyah dan Awni ...
dalam satu jam , banyak perkara lucu yang membuat saya yang tua daripada
mereka pun menjerit-jerit di malam hari ini ~~~
huhuhu~~

Slot Pertama : Pancutan

Len-Len , my kitty seekor yang penakut sikit dengan orang asing ...
saya ada beritahu jangan jerit-jerit , jangan hembus kat kucing ni ...
nanti diorang marah dan takut ...
dek kerana yang si kecil tidak mengerti , Awni Batrisya namanya ...
dia mengertak Len-Len ...
http://www.emocutez.com
apa taknya , terkejut GodZilla la ....
Dek kerana Len-Len terkejut dan teramat takut ...

Pada masa itu , ia KENCING PANCUT ...
habis berkeliaran anak-anak menakan saya dibuatnya ....
Punca menjeritnya adalah saya dulu  , saya yang mula membingitkan suasana ...
http://www.emocutez.com
'' Aaaaaa~~~dia kencing !!!!!! Larrriiiii jauh-jauuhhhh !!!!! ''
saya pun terkejut dengan pancutan tu , saya pun tercampak Len-Len ...
Masya-Allah , baju dah bau kucing lorrrr~~~~
Dan , ruang tamu dibasahi dengan cat's urine ....
Aisehhhhmaannn~~~~~
http://www.emocutez.com
kenapa saya ? kenapaaaaaaa?????????!!!!!!!
saya dengan hati yang terpaksa dan desperate , saya pun lap dan cuci sebersih-bersihnya ....
Minta Simpati !!!!!

Okay , shout-shout bahagian satu dah habis ...
 Slot Kedua : Roller-Roller Shout !
pergghhh~~~disebabkan saya tak nak mereka bosan di malam hari ....
saya ajak masuk bilik ...
tengah sembang-sembang , tangan ni gatal kelebek kasut roda ...



Ini abang Alle punya , abang saya beli yang baru jadi dia beri yang ini
kepada saya '' New Beginner '' katanya ...
First time saya belajar roller ni di padang bersimen dalam UKM ...
lokasi secara spesifiknya , saya tak ingat ..tapi dekat dengan jalan ..
Kak Bella , padang mana yang bersimen ?

okay , sambung !!!
urgghhhh~~~maka pakat-pakat mahu cuba ...
mula-mula saya buat tutorial dulu , roll-roll dalam bilik ...
Syikin , Aisyah dan Awni menjerit-jerit sebab saya boleh bergerak dengan kasut
roda ni sana sini ..heheh~~
perkataan yang keluar dari mulut mereka ...
'' Fuyyyooooo~~~~'' 
 '' Errrrkkkk , takutnya tengok !!!!''
'' Eiiii~~~~~bestnyerrr~~~~ ''
Penat juga layan mereka , adeiihh ~~~
Sorang lungsur utara , barat , selatan dan timur ....
penat - penat -penat ...
nasib baiklah , bilik saya ada ruang nak berroller-roller ...
kalau tak habis bebudak ni langgar perabot dalam bilik ...
saya siap sedia di piano , manalah tahu diorang lungsur tak boleh nak brek ...
langgar piano saya huhuhu~~~

cuba bayangkan , setiap kali kasut roda bergerak sikit ...
menjerit sana sini berebut nak cuba ...
huhuhu~~~
apapun , malam ni best juga ...
selepas penat belajar , mereka datang rumah dan ia sangat menyeronokkan ..
http://www.emocutez.com
sekali sekala menjerit-jerit kan ...hihihi~~
lepas ni susah nak jumpa , sibuk dengan sekolah ...
Hurrmm....apa lagi ek ?
Okaylah , saya nak sambung study !
Ganbatte Kudasai !!!!!

Wednesday, April 20, 2011

Kamu semua tahu tentang ini ?

Assalammualaikum semua...
Kamu semua sihat ?
Maaf , saya menyepi tanpa kabar ...
uuuu ~~~ Bogo shi-po !!!!
heheh~~~

Saya buntu sejak menjak ni ....
Tak dapat nak berfikir , tak dapat nak belajar ...
banyak sangat masalah menimpa ...
Susah nak cerita ...
terima kasih kepada orang itu always make people smile ...
hilang semua rasa sedey , Alhamdulillah ....
^_^

Errrmmm , hari ni saya terbaca satu article ...
errmm , saya ditag dalam facebook ...
saja nak kongsi dengan kamu semua ... hihihi~~~
kalau semua pernah membacanya tak mengapalah ....
Chilyohaja!
( maksudnya Jom layan dalam Korea ^_^ )

Iblis Bertanya Allah Menjawab
Anas bin Malik r.a. berkata: Iblis telah bertanya pada Allah, katanya : "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku."

 Firman Allah: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."

Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?"

Firman Allah: "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?"

Firman Allah: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?"

Firman Allah: "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta."

Iblis bertanya:"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?"

Firman Allah: "Azan untukmu ialah seruling."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?"

Firman Allah : "Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."

Iblis Bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?"

Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."

Iblis bertanya:"Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?"

Firman Allah : "Perangkap bagimu ialah wanita."

Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?"

Firman Allah : "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."


Sabda Rasulullah saw : " Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan."

(Hadis Riwayat Muslim)


psssttt....kelmarin sehari saya tak makan , dah kena gastrik ... huhuhu~~~ sape nak belanja makan ? ^_^

Friday, April 15, 2011

Header Dengan Picasa

Assalammualaikum semua ...
Apa khabar semua ?
Sihat as always ka ?

Okay , straight to the point ...
Pagi tadi , saya jalan-jalan keliling jiran Mr.Google ...
then , teringat nak buat header untuk blog ...
jadi , saya jumpa link ni http://blissfullydomestic.com/ ...
cara mudah katanya , buat header dengan picasa ...
saya teruja sesangat !!!!





Gambar-gambar atas ni salah satu features ..menarik bukan ?
uhuhu..sorry , gambar senget-menget sikit ... hihihi
budak baru belajar ...
inilah sebab saya tak boleh pegang Canon 1000D lagi , abah yang guna ..huhu
then , saya pun download Picasa selama 2 jam ...
wah , Alhamdulillah line bagus sikit ...
bila dah download  then ikut step-by-step buat header ...
TETAPI , tak jadi pula !!!!
uhuhuhuhu ...sedeynya , dari pagi tadi hingga sekarang saya belek Picasa ni ...
jadi , sesiapa yang tahu bagaimana guna Picasa ni ???
ataupun , ada cara lain selain Picasa ?
Tolong saya , huhuhuhuhu~~~~

Saya yakin sahabat blogger di hadapan lappy baik dan bijak ...
sesiapa yang sudi nak membantu saya yang kurang pandai ini ????
Senyuman kalian sangat membantu saya ...
Allah Yubarik Fiqh

Wednesday, April 13, 2011

Jejalan Kampung Orang

Assalammualaikum semua ...
Apa khabar kalian ?
Harap semua sihat as always ...
Kenapa mukadimah sejak semenjak ni asyik sama jer ?
Bingung ...

Okay , stop membingungkan orang !!!
Sebelum itu , saya nak memohon maaf kepada Adan kerana
saya tak dapat join contest Aku Dan Alam ...
saya dah baca syarat-syaratnya ..
sudah gerenti saya tak layak ...
mesti ada gambar AKU dan alam...
malangnya , saya ambil foto beskel dan alam sajew...
huhuhu..
Good Luck ye Adan !!!
apapun , saya tayangkan juga foto-foto yang saya snap ...
Lupa nak beritahu , saya guna kamera hanfon mama ...
huhuhu...

Tara....Tara...Tara...Tara ...

Setiap gambar ni ada kisahnya tersendiri ...
Bila ingat balik , menitis air mata saya ...
huhu , sebabnya tak larat nak ketawa ...

..............................................................................................
Foto 1 : Tree's History ~ ~ ~

Kisah disebaliknya : Tengah saya  snap gambor atas ni ,
ada sorang mamat ni lalu kat situ ...
saya buat tak layan jer , pastu dia tengok saya terjengkek-jengkek kat
belakang pokok ...
 Me : Hoiii , buat apa tu ? Ambik gambaq aku ka ?
http://www.emocutez.com
Terkejut saya dibuatnya .. apalah , salamtak beri main pekik jer ~~~

Saya pun keluar dari sebalik pokok tu dan berkata
Me : Maaf , kalau abang terasa , saya ambil gambar pokok ni bukan abang !
Mamat :  La adik manis ka  ? Tak aih , abang tak terasa pon .Meh , abang tolong gak .
Adeiii , menyibuk jer mamat ni ~~~ <-- Dalam hati !
http://www.emocutez.com
Me :  Tak pelah abang , nanti pakwe saya marah . Dia dalam rumah tu  . Terima kasih jelah ye !
Rumah mana ntah saya tunjuk , main tunjuk je tadi ... hahaha ...suspen!
Mamat : Owh , ada pakwe dah ka ? Buat pa amek gambaq ni ?
Me : Adalah , project ! Maaf ye bang , saya tengah sibuk ni . Bye .
Mamat : Lah , yaka . tak palah , nanti kita jumpa lagi dan kirim salam kat pakwe ok. Bye .

Adehh .... kacau line sungguh mamat ni . Sonang-sonang jer saya tipu dia .
Time nak balik rumah , terserempak lagi ...
nasib baik dia tak perasan , dia hang out tepi sungai dengan kawan dia ...
http://www.emocutez.com
saya apa lagi , pecutlah ..tapi saya bukan merempit okay!!
saya cuma kayuh laju-laju jep ! 
kang dia kejar sampai rumah ...
http://www.emocutez.com
Habislah saya alamatnya nanti ~~~ 

......................................................................................................
Foto 2 : Mr Beskel and Miss Flora


 
Gambar ni saya snap di belakang rumah baru ...
Betapa susahnya nak snap gambar yang elok ...
kalau tak elok , maaf lah ye ...
saya tak ada idea untuk entri ... huhu
Saya tak bersalah ! Tolonglah !

................................................................................................

Foto 3 : The Blue Sky




Saya snap foto ni semasa mengayuh basikal , dek kerana tengah jalan ...
susah sikit nak berhenti ...
kalau berhenti , camne kalau ada motosikal lalu atau kereta ataupun
yang lebih besar lori ?!
hahaha ... susah , itu cari masalah lor !!!

..................................................................................................

Foto 4 : Coconut  Tree But No Monkey



Sejuk sungguh saya tengok coconut tree ni ....
Iyelah , mestilah sejuk kalau airnya dapat diminum ...
http://www.emocutez.com
perghhh ~~~ sejuk bangat !!!!
Isinya yang outih suci bak kapas ...
cuma kapas tak boleh makan , isi kelapa boleh makan ...
bayangkan ! Enaknya ! uuuuu ~~~
psssttt , kepada sesiapa yang puasa sorry bebangat!
saya tak puasa lor ! hihi
ehhhh , hari rabu mana ada orang puasa ceq .... hoho

......................................................................................................

Foto 5 : The Fabulous Cows



Fuhhh , memang jadi terkenal lembu-lembu ni ...
masuk internet ooo ~~~~
http://www.emocutez.com
hihihihi , sesape mahu order untuk raye korban ?
silakan dail nom ini 994 ye ....

............................................................................................................

Foto 6 : The Black Mooo


Ada sekor lembu ni usha saya jer dari tadi ...
http://www.emocutez.com
takutlah juga kan kalau ia kejar nanti tak pepasal !
kang tak sempat lari ke Mr Basikal Ranger saya tu ...
uhuhuhu ~~~ tak mahu !!!!

...............................................................................................................

Foto 7 : The Ban's Cat



Ala ... cutie , cutie , cutie ~~~
Kucing ni saya jumpa di ban ( tali air ) ...
hohoho ... geram aih tengok dia ....

fuhhh ... tamat sudah sesi snap snup ...
sebenarnya , ada banyak lagi ....
line sini slow , ini pun yang dikira okay dan ada ceritanye ...
soorrrryyy , kalau fotonya tak menarik ...
saya bukan pro ! saya sudah cuba yang terbaik dan sebaik mungkin !

So , saya tunggu panggilan korang ...
Tak de sesape call pun ! huhuhu ....
http://www.emocutez.com
ada kata call mamak , hohoho betul ek ?
tak apalah , siapalah saya kan ....
budak kecik kelaparan lagi kebuluran ni ....
hurm ~~~
minta diri dulu ....

p/s : Korang doakan saya dapat U ya? Saya tengah risau ni ...
banyak saingan ... huhuhu ....
interview !!!!!

Monday, April 11, 2011

Off ... Pengembaraan dan Ilham

Assalammualaikum semua ...
Apa khabar kamu semua hari ini ?
Saya harap kamu semua sihat as always ya ...

Kata-kata semangat yang membuat saya ingin terus mengharap
dia boleh membuat saya gembira ...
okay , saya faham ia tak ada kaitan dengan entri...
sesaje nak show off ..haha tak kan ngan bisa ?
 Saya tak berapa sihat sejak kelmarin ...
Rasa macam nak demam , kadang-kadang flu ...
hurm ~ ~ ~
Beginilah keadaanku apabila time exam..
pssttt ..tetibe cerita pasal exam kat sini ..
http://www.emocutez.com
sudah lepas lah darling !! hahahaha
( monolog sendiri )

Straight to the point , nampak dan baca tak title entri hari ni ?
yep , saya off buat sementara waktu ...
tapi , gue tetap letak bom , pecahkan , calarkan blog korang ,
http://www.emocutez.com
porak-perandakan , langgar dengan banana boat
bak kata pepatah JD JEN as always !

kenapa mahu off ? Nape ? Weishema ? Why ? Doushite ?
Saya menyertai dua contest ...
iaitu contest dari Penulis Senja dan Adan ...
Jadi saya kena kuar rumah , cari lokasi ...
lokasi untuk ilham dan penggambaran ...
cewah , macam nak pergi jauh ...
hihihi ... pergi kampung jer pon !

Okaylah , saya nak kuar pergi mengembara di kampung ...
kalau ada apa-apa call saya di 012-3456789 ya ...
seriously !!!

p/s : Perut lapar , sebelum merantau negara  kampung orang kena makan dulu ..
kang , gastrik tengah jalan , payah!
Jadi , sesape mahu berkhidmat catering kat saya yang kecil lagi kebuluran ni ?

Saturday, April 9, 2011

Diari Cik Basikal dan Kemalangan

Assalammualaikum semua ...
Apa khabar kamu semua ? Sihatkah ?
Pagi yang indah bukan tapi sayang saya tak dapat merasainya ...

Saya mahu tanya sesuatu adakah ibu bapa anda seorang yang kaya raya ?
Pernahkah anda semua rasa tersingkir , tersisih dan sebangainya ?
Pernahkah anda berasa geram dan 'malas' apabila kuarge anda dilanda masalah ?
Bergaduh sana sini ?
http://www.emocutez.com
Pernahkah ? Jujur !!!

Ya , saya pernah ...
banyak kali ...
Sebab itu saya buat blog dan berfb kerana saya rasa sunyi ...
Serius saya katakan , saya selalu rasa sepi tetapi tak bosan ...
http://www.emocutez.com
aneh bukan ?

Jadi sesiapa yang mahu jadi kaya raya ...
tak perlulah , kehidupan seperti itu tidak menarik langsung ...
apa gunanya kalau kaya tetapi tidak kaya dengan kasih sayang ...
saya lebih rela menjadi anak kepada orang miskin tetapi mendapat kasih sayang ...
http://www.emocutez.com
Saya rindu zaman kegemilangan semasa kecil...
penuh kasih sayang , ketawa ... indahnya ...

 ''Mari saya ceritakan , peristiwa ini  berlaku tahun lepas ...
Saya baru sahaja pulang dari rumah pak ngah dan mak ngah ...
Keadaan masa tu hujan dah hampir malam ...
saya terpaksa redah juga ...
dek kerana ada budak mana ntah yang menaiki motor bersama temannya ...
http://www.emocutez.com
apabila mereka melintasi saya , orang belakangnya telah menolak saya ...
dan saya bergolek  ke atas lopak air ...
Beg  laptop saya hampir jatuh ke dalam ban ( tali air untuk sawah ) ...
Syukurlah , saya sempat capai tali beg tu ...
fuhhh , kalau tak ....

Lengan saya luka , dahi saya tercalar sikit sebab ada ranting yang besar di situ ...
kerana ada pokok besar .... 
 seluar di lutut terkoyak dah rasa macam penyanyi rocker pula...
lutut calar sikit sahaja ...
http://www.emocutez.com
saya okay jer !!!
baju basah dan kotor , sejuknya lagi  dan  rantai basikal jatuh ...
http://www.emocutez.com
cuba kamu semua bayangkan keadaan saya masa tu ...
sempat lagi saya berangan  ada seorang jejaka datang menyelamat ...
wah , menarik !!!
http://www.emocutez.com
Tapi semua tu tenggelam apabila ada sebuah lori hampir sahaja mahu langgar saya ...
hujan sangan lebat , boleh pula pemandu lori kecil tu bawa laju di kawasan kampung ...
lori tu sempat menyumpah seranah kat saya ...
hai ~ ~ ~ ...

Saya pun tolak basikal pulang ke rumah , perlu melalui jalan yang berbatu dekat
rumah tok imam ... jalan yang paling mencabar ...
Sampai sahaja di kawasan perumahan saya , saya dikejar anjing milik orang India pula
dengan tenaga yang ciput , saya lari sekuat hati dan jiwa raga
dengan tolak basikal sambil melaung Allahuakbar !!!
http://www.emocutez.com
takut wei , kalau kena gigit ???
merana hidup ceq ni hah !!!

Saya harap bila saya sampai rumah nanti , mama dan abah akan tanya
'' Ada luka tak ? Sakit tak ?''
saay tersenyum lebar dalam hujan lebat ....
rasa berdebar-debar pula ...
tapi sampai sahaja rumah ...

mama dan abah terus soal membuatkan saya terkedu dan mahu menangis :
'' Jatuh kat mana ni ? Laptop , kamera dan hanfon mama kena air tak ? ''
saya hanya menggeleng kepala lalu memasuki bilik ...
http://www.emocutez.com
apabila masuk bilik saya terus campak beg laptop ke atas katil ...
Lepas membersihkan diri dan saya duduk dekat dengan tingkap
dimana piano saya di situ ...
saya tak faham sesuatu , saya selalu mengharap sesuatu yang muncul  ...
di tingkap bilik tu ...
lagu ni yang berirama dalam hati dan kepala ....
dan saya terikut sekali :
I could go back to every laugh
But I don't wanna go there anymore
And I know all the steps up to your door
But I don't wanna go there anymore

Talk to the wind, talk to the sky
Talk to the man with the reasons why
And let me know what you find

I'll leave my window open
'Cause I'm too tired at night to call your name
But just know I'm right here hopin'
That you'll come in with the rain

I could stand up and sing you a song
But I don't wanna have to go that far
And I, I've got you down, I know you by heart
And you don't even know where I start

Talk to yourself, talk to the tears
Talk to the man who put you here
And don't wait for the sky to clear

I'll leave my window open
'Cause I'm too tired at night to call your name
Oh, just know I'm right here hopin'
That you'll come in with the rain

I've watched you so long
Screamed your name
I don't know what else I can say

But I'll leave my window open
'Cause I'm too tired at night for all these games
Just know I'm right here hopin'
That you'll come in with the rain

I could go back to every laugh
But I don't wanna go there anymore



Ini jalan yang saya eksiden tu ...
jalan yang berwarna putih tu ...
ia sudah diperbaharui  menjadi kecil ....

p/s : Menunggu dia , sape ntah ?? ~ ~ ~ ... hahaha
tak breakfast lagi ni , jom !!!

Wednesday, April 6, 2011

Jangan Begitu Wahai Kamu !

Assalammualaikum semua ...
Apa khabar kamu semua selama seminggu saya menghilang ???
Saya harap semua sihat walafiat ya ...

Baiklah , selama seminggu saya menghilang kerana  agak sibuk
mengurus sesuatu yang penting ...
hurm , nak dirahsiakan dahulu daripada korang semua ...
nanti saya beritahu ek ?

Kamu semua pernah dengar saudara mara ataupun 
anak saudara mara anda ...
kadang kala mencarut atau mengguna perkataan lucah ???
terus terang , saudara saya memang ada  ...
saya paling pantang apabila orang mencarut dengan mengguna
perkataan  sensitif  tentang wanita ,lelaki atau haiwan ...
korang faham-fahamlah sendiri apa yang saya maksudkan...
saya pasti kamu semua sudah tahu bukan ???
kalau tak tahu , hurm ?
pura-pura tahu sajalah ya ...

Malangnya , si kecil pun sudah ''pandai'' berkata-kata lucah ...
pedih telinga saya ...
petang tadi , saya pergi rumah mak ngah ...
makan bihun dengan kuah laksa ...
wah , memang cair hati ni ...
hahaha ...
dengan kuah yang panas ...
terliur benar !!!!

kembali serius !!!
bihun punya pasal mulalah perang mulit
dalam kalangan anak saudara ku ...

Anak sedare 1 :  Wei , ampa tinggal kat kami sikit !

Anak sedare 2 : B****  hang , kalau nak makan , makanlah sekarang ..
tak pasai nak tinggal kat P*** hang !!!

Astagfirullah , hilang selera makan saya ni ...
kenapalah nak guna perkataan tu ????
tak ada perkataan yang lain selain yang ini ????
Saya pun apa lagi , angkut mangkuk dan cawan ke luar rumah ...
join sepupu and jiran mereka  sembang di meja ...
saya ni penyemak je kat situ ...
then , saya teros sambung makan ...
lalalalala...

tapi , jiran kat situ pun alahai ....
jangan dimula dengan itu !!!!
mereka ( jiran ) memang suka mecarut sikit bila buat lawak
ataupun marah kat anak diorang ...
lawak tu lawak juga  tapi bahasa tolonglah jaga ...
sensitif ... sensitif ...

kisahnya gini :

Anak jiran ni bagi semangkuk  bihun dengan kuah laksa
kepada maknya ...
then , si anak ni pun nak rasa sikit ..
tapi telebih lah pulak ditelannya ....
maknye tengok teros berkata :
'' B*** ngat ah , ang ambek semua , mak nak makan pa ?''

saya pun tersedak selepas itu terbatuk-batuk ...
serius batuk ni ....
Mengucap panjang saya dibuatnya ...
kenapalah nak panggil anak dengan perkataan itu ???
anak akak tu manusia bukan , bukan binatang ke ape ....
sekali lagi pedih telinga saya ...

Sepupu saya prihatin pun kata :
'' Kak , bebaik lah sikit mulut tu . Ada orang kat sini dengar , tak elok .''
dengan nada yang perlahan ... 
'' orang kat sini '' tu sayalah !
makcik tu tersenyum malu melihat aku yang sedang mengunyah
bihun berkuah laksa ....
saya pun senyum jugalah ...

hurm ... sudahlah tak nak dipanjangkan sangat kisah duka ni ...
saya sedih dan kecewa dan terselit perasaan malu ...

Persoalannya sekarang :

1. Dari mana datangnya ''idea'' guna perkataan sensitif ini muncul ?
2. Siapakah yang patut disalahkan dalam hal ni ?

p/s : Maaf kalau kesalahan bahasa , tatabahasa tak betul ...
lalalalalala...
tolonglah saya tak bersalah ....huhuhuhu