Friday, December 3, 2010

Akan Berakhir Tak Lama Lagi

Salam ... Dear Noona ,

      Tak lama lagi  kesemua kegembiraan , kesedihan ,keletihan , kepayahan , kegagalan dan kisah suka duka ku di Smk------ akan ku letak titik NOKTAH . Pejam celik , sudah berakhir lima tahunku berada di sekolah kesayanganku ini . Semua ini  bakal dirindui ku nanti , hukhuk ..... banyak sangat kenangan bersama cikgu dan yang paling penting dalam hidupku semasa di alam persekolahan iaitu sahabat . Fatin , Mira , Nik , Sarah , Wani , Mizah dan ramai lagi ....Lagi tinggal lima hari . Lima hari ! Nanti tambah satu hari , nanti nak hantar buku teks , berjumpa lagi kan ...hehehe ..makanya jadi 6 hari !

     Minggu hadapan hanya tinggal 3 paper iaitu Kimia , Biologi dan Akaun . Doakan ya , noona . Agaknya , resultku bagaimana cemerlang , kepujian atau sebaliknya ..... Tawakaltuala'Allah . Pada pagi hari begini ,sepatutnya mengadap buku . Hmm...

    Tunggu ya ... selepas minggu SPM  ini berakhir , bolehlah cerita banyak-banyak . Selama dua tahun , tak menulis diari , sejak ada teknologi gini ... bolehlah save money beli pen , save dakwat ...hehe

Baiklah noona , semangat belajar sudah kembali . Kita bersua nanti....wida' dan wassalam .

No comments: