Saturday, December 11, 2010

Kenangan Hitam dan Putih

Salam...Dear Noona ,

              Alhamdulillah ... paper Akaun ku sudah selesai tepat jam 1630 petang ... sudah tamat penah lelahku untuk SPM ... hari ini ku merdeka untuk permulaan hidup ku yang baru ... Bahagianya , tetapi itu baru permulaan ... barulah ku merasa maksud ' Kejayaan semanis madu takkan datang tanpa pengorbanan sepahit hempedu '. Usai memasuki kereta , abah memandu keluar daripada kawasan sekolah , ku menceritakan detik-detik jarum saat menunjuk pukul 12 sambil menghentak kaki dalam kereta , abah menggelengkan kepala sahaja .  Macam budak kecik ! Tepat jam 4.30 petang  hari Khamis maka dengan rasminya , ku sudah bebas ... MERDEKA ! MERDEKA !

            Pada  awal Muharram ,  ini saya ingin mengucap Selamat Meyambut Awal Muharram ... masing-masing sudah menetapkan azam yang baru , bukan ? ^_^  Yang penting , gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan ya .

          Kita sepatutnya bersyukur dapat merasai nikmat tahun baru ini ... Gemilang , Gemilang !!! Tahun ini  , ku mempunyai azam yang baru ... merepek ... mana ada azam lagi !!! dua tiga hari ini fikir pasal exam saja ... Tak sempat nak fikir pasal exam baru ... Azam baru ku tahun ini ku nak jadi diriku sendiri dan mengejar dan berusaha mendapatkan CINTA Yang Satu .... 

          Habis cerita pasal exam ... sedih pula nak mukadimah entri kali ini . Dialah sahabat ku yang kedua daripada rumah , dialah menjadi tempat ku mengenali ilmu dan dunia dan dialah yang mengajarku mengenai persahabatan ... Banyak sangat yang dia  ajar ... akhir tahun depan pun tak habis-habis lagi banyak sangat jasa kepada diriku . Bagaimana ingin ku balas ya ?

Baiklah , tak naklah bermukadimah panjang-panjang ...  Noona pernah dengar Sekolahku Syurgaku ... yayaya , pernahkan ?
  
               Malam yang berbahagia ini  akan ku persembahkan ..... Jeng Jeng Jeng ....

                                                                        

*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


 * 

( Masya - Allah , tak ambil pula gambar bahagian depan sekolahlah , Noona @_@ )
Maafnya , kalau gambar ini kelihatan sepi ... Time cuti sekolah . Kebetulan  Cikgu Bio , Sir Ng Wei Chin buat kelas tambahan Biologi bagi peperiksaan untuk esok harinya . Sekolah nampak bersihkan ?
Ha , inilah Sekolahku Syurgaku !!!

Tak mengapalah , bahagian dalam pun bolahlah ... Jeng , Jeng , Jeng !


*


*


*


*


*


*


*


*


*


Pandangandari Tingkat atas . Sepi sajekan ?


Ini perkarangan sekolah , hujung sana ada parking kereta cikgu , bangunan putih menempatkan Kelas Form 6  and Form 5 only .Bangunan kedua menempatkan makmal bio , kim ,fiz , library , bilik tayangan and macam-macam lagi .. Blok ketiga menempatkan bilik guru segala hal ehwal guru ... situ bloknya .

Teringat pula  masa ku dengan kawan sibuk tengok kereta cikgu yang baru dibeli  , then komen kreta mana menarik .... hehehe dan juga check cikgu mana yang tak datang ke sekolah , tak perlu susahkan diri  ke bilik guru . Tengok kreta pun ok . Save energy .


Inilah tapak perhimpunan , ku and Fatin pustakawan . Time hari Ahad ada perhimpunan , kami berdua cabut lari ke library kononnya , ada banyak kerja di library ,  hari lain tak banyak pula kerja ... Kesian , Amira dia pengawas kena turun tapak perhimpunan . Hehehe ... Sorry Amira !!!  Kenangan-kenangan !!!


Blok hujung menempatkan kelas menengah rendah , forbidden untuk menengah atas . Tapi kami sekawan main redah sahaja .  Buat tawaf kononnya . Saje syo-syok jalan tengok adik-adik belajar . Kami ni jarang perg sana , kalau buat tawaf di blok situ , ramai yang memandang .... hahaha , famous , famous ( perasan! ) 



Laluan ke bilik guru dan sebagainya .

Tempat menelaah pelajaran , time exam hari tu ... Ku dengan kawan-kawan lepak kat sini sambil baca buku .... Aman damai kan ?


Laluan lurus or koridor antara blok B dan Blok C , koridor ni time sekolah ,memang sibuk , penuh dengan manusia turun naik ... dari pelbagai kelas , pelbagai blok .


Laluan famous , mesti kena lalu ... Sesiapa kebuluran , tu hujung sana sudah terpampang Syurga Makan .
Kantin je pun . Jarang ku pergi kantin sebab jauh dari kelas . Malas nak jalan . Kami sekawan suka cari makan di tempat lain , tak jauh sangat .



Tingkat bawah bersamaan dengan bawak kelas ku , ada Dewan Besar A ... Dewan ini terbuka , kenangan ku buat sketsa dengan  kawan-kawan yang lain ... Hah , kenangan . Rindunya . Nampak tak meja batu tu , tempat tu kami conquer . Dekat dengan kelas , makan , baca buku semuanya di situ , sembang  dengan  cikgu kaunseling , Cikgu Yati . Best Teacher .


Tada , school hall , open area , kan ? Wah bersih sungguh , selalu  tak macam ni , dewan lah paling banyak student berkumpul , relax-relaxlah katakan . Kekadang , ada juga student MPV main gitar , buat persembahan tak rasmi di sini .


Dah sampai pun , time sukan memang penuh . Tempat menonton hero-hero sekolah berlatih , bersukan , bersenam... hehehe .... Jangan salah faham , ku and kawan-kawan tak tak tergolong ye .


Padang terbaik peringkat Daerah Baling Sik . Hebat tak , walaupun daerah sahaja . Tetap satu award . Sekolah ku famous dengan sukan. Bagi sahaja sukan apa pun, kami  conquer , terutama sekali acara Olahraga .... dah terbang sampai ke Asia pun . Hebat bukan , walaupun sekolah luar bandar , kami pernah mencipta sejarah , tahu . Bangga jadi rakyat SMK---


Laluan masuk ke sekolah , pintu hadapan , pintu belakang pun terletak di hadapan juga , sebelah pondok belakang pondok pengawal . hehehe ....


Nampak tak , ada papan tanda kuning atas pintu , sebelahnya adalah kelas ku , sekarang sudah jadi dewan peperiksaan , sebab itulah tak dapat ambil gambar kelas, sudah tak jadi macam kelas pun .Banayak sangat kenangan dalam kelas itu . Setiap pagi , sampai sekolah , buat AdMat , susah punya pasal , bicang dengan kawan pun tak siap-siap juga . Then , mulalah kerja copy-mengopi , riuh juga kami ni . . . bila nak insaf ni ?



Pandangan dari tingkat 2 ,  koridor gantung di antara blok C dan B . Kami  selalu guna laluan ni sebab ia setingkat dengan bilik guru dan tandas .



Pandangan dari Koridor gantung di antara blok A dan B.


Sinilah  di mana ku menjadi Menteri sebentar , membaca ucapan Hari Koperasi . Ahh ..., malunya !!! tak nak ingat , pergi jauh-jauh !!! Di sinilah jugalah our Atin tengok al-fadhil mengurus perhimpunan . Ku and Mira  lagilah dengan aura jahat , pakat-pakat menyakat our Atin . Tersipu malu pula . hehehe

Air pancut sebagai hiasan tak ada air pun , kita namakan ia dengan nama baru , nak ? Air Pancut jadi Udara  Pancutn . Memang tak nampak pancutannya , invicible punye . Hebat tak , sekolah kami . Sudah berabad ia keluar udara .  
Blok menengah rendah , nampak menakutkan pula blok tu bila tidak berpenghuni ...errrr...




Laluan ke koop or koperasi , sinilah kami sekawan mencari makanan bila kelaparan. Macam-macam ada .

 

            Ya , itulah sekolah ku , walaupun agak sepi tapi senang nak ambil photo . Kalau ada orang ramai yan lalu lalang kat situ ... Tak pepasal muka tak berkenaan  terpampang dalam photo .  Kalau nak tahu , ku ambil photo ini sorang-sorang tahu , berani betul . Sudahlah , tak ada orang .  Takut pun takut juga , blog punya pasal , rindu punya pasal ... nak buat kenangan punya pasal . Ambil sahaja .

        Nak ambil gambar dalam bangunan , kelas . Forbidden . Kunci . Satu lagi sebab , ia tingkat atas , tak berani nak naik . Tingkat bawah pun bolehlah . Asalkan ada kan ?

2 comments:

sarah zulk said...

SALAM NAD.. sekolah ni kat ner?

Najeera Yahya said...

wasalam Sarah ... err..nak beritahu ke tidak..beritahu saje ...ok nama sekolah ini adalah SMK Kuala Ketil , Batu Pekaka , Baling , Kedah . Pernah dengar , pernah tengok ?