Wednesday, December 29, 2010

Makan-makan di Rumah Pak Ngah

Salam Noona ,

           Hari ini , penat  sangat .  Pagi tadi , ada jamuan kecil-kecilan  sempena mak ngah mendapat cucu yang ke-35 . Banyak tak , noona ? Riuh benar dengan teriakan anak-anak  menakan . Wah , wah ... mengalahkan pasar malam . Saya  bertugas membasuh pinggan dengan rela hati . ^_^

           Rumah pak ngah memang tak sah , ada sahaja  rezeki datang , tak lama lagi adalah jamuan kecil-kecilan . Cuti bermula pun buat jamuan wah wah makan besar lah kami satu hari . Seronok dapat bersama dengan keluarga .

           Ya Allah , semasa ki membasuh pinggan ada sahaja anak menakan tarik-menarik ki macam main tarik tali pula . Kononnya , lama tidak berjumpa . Pening ki dibuatnya . Kejap - kejap , nak mandi , nak makan  , nak air , nak tidur , nak main .... waduh , kerjanya semakin  bertimbun-timbun . Sampaikan basah baju ki dibuatnya  . Biasalah , kadang-kadang sahaja melawat mereka , sebulan sekali begitu  . Penatnya . ^_^! hmmmm...



Hari masak-masak . Pasukan Dapur ! Hehe ... sekarang baru nak mula memotong , mensiang dan mengisar apa yang patut . Saya tukang memerhati je dulu , bila semua habis makan , tugas dapat dilaksanakan dengan jayanya ..
Tugas yang sangat mencabar tak jumpa jerung mahupun ikan pirana yang  main gigit dan baham ... Tugas saya adalah paling mementingkan kebersihan pada masa akan datang iaitu ' mencuci pinggan mangkuk'

Amboi , cik kak ni ... rajin benar memotong karot . Bagus , bagus patut dicontohi .

Dari kiri , Anis , Hafiz dan Syikin  . Rehat sebentar sambil bergurau senda dan juga bergambar .
Wawah , apa yang Hafiz cakap tu ....


...............*-*................

Cucu ke-35 . Tahniah ! Namanya Nur Zahidatul Husna .Baru bangun tidur .Alahai ...


SENYUM SOKMO !!! Sokmo apa maknanya ? Hahaha .. ini Aisyah . Aisyah ni saje nak tayang gigi dia .
 Ada kata hikmat bahasa Inggeris ada berbunyi ' Don't judge a book by its cover ' , Aisyah ini bijak orangnya ...


Pasukan Bakar , pasukan ni kerjanya membakar ikan dan ayam ... Baru nak mulakan proses memasak . Baju biru , abah sebelahnya pula adalah my cousin Abang Zul dan yang lain-lain ...Sedap .Memang kerap famili besar kami ni buat jamuan . Bagus , bagus ... mengeratkann hubungan silaturahim sambil itu mengisi perut . hehehehe ....


Abang Zul dengan sukacitanya mengajar bagaimana memasak ayam bakar . Hehehe ...


Sesi makan bermula ... lapar pula tengok mereka ni makan ... Bila pula ya , mak ngah andpak ngah nak buat jamuan , ye ? Khidmat Cuci Pinggan sedia menadah tangan !!!
          Selesai membasuh dan makan ,  waktu petang lebih kurang pukul 6 petang , ki mengajak Syida , salah seorang anak menakan pergi ronda kampung . Lama benar tidak hirup udara segar . Kami konvo naik dua buah motor . Seronoknya , selepas hujan pulak tu , anginnya ... Subahanallah , sejuk saja bila menampar muka . Lama tak naik motor . Hampir satu kampung kami  ronda . Lama benar tak pusing satu kampung .... Nak buat macam mana tak reti naik motor , pakai beskellah ... Itupun tak jauh .Tidak ku sangka sebenarnya kampung ku ini cantik dan indah .  Biar benar ...





Laluan batas padi , jalan pintas balik rumah . Teringat pula time sekolah rendah , setiap pagi kena pergi melalui batas , jalan shortcut nak ke sekolah . Sekarang moden sikit , dan ada batas tinggi separas macam jalan raya mini pula ...hehehe

Ada suatu kisah , masa pergi sekolah ... kalau tidak salah darjah tiga . Saya terpaksa berjalan ke sekolah , kawan yang syorkan guna jalan pintas . Malangnya , bila pintas sangat , baju kotor plus lintah ....Woa , apalagi menjerit lah ! Lintah adik beradik kepada pacat ...oh tidak , serik !

Sampai sekolah dengan kain sekolah kena lumpur . Cikgu hanya menggeleng-gelengkan kepala sahaja . Hai .... rindu pula .

Pemandangan salah sebuah rumah kampung dekat dengan rumah tok imam . Lihatlah betapa close sawah dengan petempaatn manusia .... Cantik cahaya  mentari senja ....



Sawah bendang  ke Kampung Permatang Durian , waktu semakin senja ...

Amacam , sepatutnya tiap-tiap petang kita kena menghirup udara juga . Biar otak dapat  berehat seketika . Baru best ... bila pula saya dapat  berjalan-jalan begini lagi ... Hmmm...

4 comments:

iKhRam said...

suasana desa menggamit memori.. best tu..
dgn orang ramai..

Najeera Yahya said...

Betul tu ! Lepas ni nak belajar bawa motor hehe ... bole buat konvo ronda stu kampung .

Miss AZ said...

fuyoo cucu yg ke 35.. mmg ramai :D

Najeera Yahya said...

Hahaha ... maaf sekarang sudah tambah cucu-40 yang tinggal di Sidam sekarang .