Sunday, December 5, 2010

Malam Yang Memenatkan

Salam ... Dear Noona ,

      Malam gini , sepatutnya mengulangkaji , malangnya ku kena mengemas rumah disebabkan oleh kawan mama akan datang . Letihnya mengemas , mereka rupanya tidur di rumah atok . Penat . Tak mengapalah , selepas trial SPM ku memang tak  sentuh penyapu untuk mengemas rumah sebab sibuk dengan exam . (Alasan saja tu) Kekadang sapu juga he ..tak sentuh barang-barang di dapur ... tangan asyik memegang buku tetapi tak lama kemudian  buku yang membaca ku ... hehehe ...

     Malam gini sepatutnya waktu yang sangat paling menyeronokkan untuk menelaah pelajaran , bila ku mengemas adikku pula yang dikatakan paling manja , paling comel , paling disayangi buat sepah di dapur ... Kita baru je gembira dan senang hati melihat rumah dah bersih dan kemas ..... Adik pula dengan kuasa 'veto palsu'nya menyepahkan dapur.... Sudah besar gedek , malas nak 'angkut'  pinggan mangkuk ke sink ....  Sabar jelah . . .

    Adik pasal game memang tak ingat dunia  , kalau kena bencana ntah sedar ke tidak  ... Sakit hati ... Atas meja penuh dengan  bungkusan plastik , gelas sampai tiga ... air yang ku buat teh je , tak sampai 3 jenis pun . Kalau mama ada  memang kena , malangnya mama menyertai kursus di Alor Star . Keletihan dan semangatku untuk belajar terus hilang . Sedihnya .

    Dah lewat ni , esok kena bangun awal .... Salam Noona . Jumpa esok . Apa nak jadi  , jadilah. Hmmm... Sebelum mengundur diri , mari kita hayati kata-kata hikmah di bawah ... Rasa tenang saja bila membacanya . Sbar jelah ada hikmahnya

  

3 comments:

Anonymous said...

sbarlah..
hidup ni bnyak cubaan...

Najeera Yahya said...

Salam orchid ... Ahlanwasahlan . Betul tu , sejak-sejak ni banyak perkara berlaku yang menimpa kami . Semoga dengan kesabaran kita mendapat rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya dan Perlindungan daripada-Nya .

iKhRam said...

xpe.. semua tu melatih diri menjadi seorang wanita yang rajin di mata keluarga.. semua tu tak de dalam buku.. tp perlu dilatih dari hati sendiri... gud luck utk spm..

dan tq view blog saya k...