Wednesday, January 19, 2011

Satu Bulan !

Salam ...

          Lama tak berceloteh , rindu benar dengan blogger yang lain-lain ...Huhuhu .. okay kisah hari ini , jap bukan hari nie , bulan ini .... hahaha . Banyak nak dikongsikan , sebelum tu tarik nafas dulu , nanti tak fefasal tersedak tengah-tengah  cerita . ^_^

          Bismillahirahmannirahim...

          Selepas SPM , tak tahu pula nak buat apa , jadi ... seseorang telah menginspirasikan saya untuk bikin novel ... Sekarang sudah Bab 8 : Pindah . Masih banyak yang perlu diselesaikan . Barulah sekarang tahu , betapa susahnya nak menjadi  penulis . Huhu ... Sekarang masih memerlukan idea  untuk menyiapkannya . cuti begini , jadi suri rumah sepenuh masa , bila buat kerja rumah nie , baru dapat bayang . Kalau sudah berkahwin nanti , sempat ke nak buat kerja rumah ... balik kerja pasti penat . tengok mama and abah  pun dah tahu . But , my mom ... orangnya tabah . I like !

         Sebenarnya , ada kerja bertimbun , tapi curi masa sikit  nak  berceloteh di sini ... hehehe ...

         Pada 10 haribulan lalu , permohonan no pin untuk masuk universiti ... uhuhuhu ..best bangat . First time  keluar dengan kawan bersama Amira and Hafizah . Hepi , jarang dapat peluang keluar  dengan kawan . Mula-mula , kitaorang rancang  pergi sekolah nak ambil Sijil PMR lalu , aduyai , dah dua tahun berlalu ... sekarang baru nak ambil . Hahaha...

        Mula-mula menjejak kaki ke sekolah sebagai BEKAS pelajar , aduyai ... tak tertahan tawanya dengan nada tak percaya . Benarkah aku dah jadi ex-student ???? Huh ???

        Bila masuk je , dah jadi tumpuan orang . Yelah , tak pakai unform sekolah mesti orang tengok pelik. Tapi , main redah je ... pura-pura tenang padahal panik habis-habisan . Yang seronoknya , ada seorang students ini menegur kami bertiga :

            '' Cari siapa ? '' tegur seorang pelajar yang lebih tinggi daripada kami bertiga . yang pasti ,dia pelajar Form 1 , tingginya pelajar  itu . Kami ini tergamam melihat ketinggian pelajar itu . Gerun , terasa kerdil diri ini .

            '' Cari kaunselor ? Nampak cikgu Nizam , kaunselor sekolah ? '' balasku .Pelajar itu menggeleng-gelengkan kepalanya . Kami pun meminta diri dan baru sahaja melangkah pelajar itu bertanya lagi . Kami dengan senang hati menguntum senyuman selebar yang mungkin .

          '' Ya ? ''

         '' Awak bertiga pelajar Form 1 jugak ? Baru pindah ke sini ? '' soal pelajar tu . Kami membulatkan mata , terkejut . Ada-ada sahaja , pelajar Form 1 ??? Aduyai , nak menangis nie . Tahulah , kami ini kecil . Tak tahu jangan tanya adik ku ....

        '' Tak , kami bekas pelajar . Maaf adik , kami ada urusan . Jumpa lagi ,'' balasku menahan sabar . Lalu , kami melangkah meninggalkan pelajar yang terpinga-pinga itu .

      Itulah , kisah yang sebenarnya . Pahit dan Masam kena telan juga , terimalah kenyataan dengan paksa . Ini realiti Nulia , Amira dan Hafizah !!!! sudah tutup cerita fasal pelajar tu . Jadi , kami bertiga membuat keputusan untuk pergi KK pergi BSN . Time tu , hujan rintik . Kami bertiga lari berselerak ke perhentian bas ... Hujan rintik pun bukan hujan lebat pun . Hahaha ...

          Bila sampai di stesen bas , kami terus melangkah ke BSN .... macam-macam terjadi . Berkhidmat untuk masyarakat .... Our mira with her generousity  dia dengan senang hati membantu masyarakat . Baiknya , sahabatku seorang nie . Memang patut dicontohi .




Look , our Mira . Amira sedang membantu seorang pakcik  mengisi borang errr ... borang apa entah . Dah lupalah ... hmmm , macam menyimpang wang kut ???? Huhuhu ... tak pasti lo .

Usai  sahaja  urusan di BSN , kami  bercadang pergi makan . Hehehe .... seronok  dapat maakn dengan kawan . Lama benar , tak hang out dengan kawan , bukan tak lama .... tapi ,  tidak pernah !!! seronok dapat hang out dengan kawan walaupun sekejap . Hahaha ...

 
    Huhu ... lapar pula tengok mereka berdua ni makan . Nak juga ! Haha ... Hah , Fizah , tengok saper tu ?? Makanlah cik kak , kalau  tak nak bagi kat kucing kat kaki ku nie .... Sudah lama mengiaow tu ... Hahaha ...
Mizz you All Girlz ....
 ^_^

- Tutup cerita -

Satu hari tu , sekejap satu minggu ku  rasa ngak tenang . Kenapa ya ? fikiran bercelaru dengan perasaan tak keruan ... Aduyai , kenapalah ???

then , satu petang , ku and my famili nonton tv . Tiba-tiba , my best friends , Fatin menyampaikan berita yang sangat-sangat mengejutkan . Kenapalah dia ??? Kenapa ???

Ku sudah mula tidak keruan , ada sahaja fikiran yang bukan-bukan berlegar di dalam kepala . Aduyai , pening ... apa dah jadi ? Kenapalah pula ku yang pening ??? Aneh .

'' Salam  , Fazil kemalangan . Dia di ICU , cedera parah . Kami risaulah dengan keadaan dia . ''
Itulah mesej yang Fatin hantar . Betapa , bergetarnya jantung bila dengar beritat itu . Dengan pantas , ku terus menaip nama Ka Nae di cell phone and Call .

Dengar kata Ka Nae , lagi  menggetarkan jantung . Ka Nae beritahu :

'' Fazil pergi SP dengan kembar cari kerja . Then , diorang rancang nak pergi memancing di Pantai Merdeka . Tiba-tiba , apabila motor yang dipandu oleh Fazil membelok yang tidak pasti kelencongannya , Fazil tidak boleh mengontrol motornya lalu  dia  terpelanting kepalanya terhantuk ke divider dan tiang lampu yang berdekatan . Yang kembar okay , cuma Fazil . teruk benar . Ka teringat kenangan dengan Fazil .Kenangan tangkap ikan di paya depan rumah . ''

'' Aduyai , ka ... asal cakap begitu . Kita tak tahu keadaan dia lagi . ''

Begitulah , perbualan ku dengan ka nae . Oh , terlupa pula . Ka Nae nie adalah lelaki dan dia jiran Fazil . Then , kami ni punyalah  buat plan nak pergi lawat dia di hospital . Aduyai , tiada bas yang lalu situ sebab  ia  thoroughfares ... Jadi , terpaksa benamkan dahulu niat nak lawat dia di hospital . Selepas beberapa hari , berita Fazil keluar wad .... menggembirakan hati . ^_^ .

So , kami pun pergilah lawat Fazil di rumah dengan Fatin . Aduyai , malulah pula , baru beberapa langkah kami berdua dah blushing ....oh no !!!!

Then , kami pun dengan muka tebal without make up berlebihan .... kami pun melangkah menuju ke rumah agam Fazil . Dan seorang wanita lingkungan 30-an menyapa kami . Terkejut loh . Nasib  baik tak terjerit di situ . Aduyai ...

'' Ingatkan sapa tadi duk kat jalan tadi .''

Aduyai , malunya . Rupanya , kakak Fazil lah yang sulung . Huhuhu , sah kak dia prasan kami berdua terhegeh-hegeh di luar rumah tadi .... Ya Allah , ampunilahku . Amin . Then , mulalah kami berbual macam-macam dengan Fazil . Seriously , masa tu saya rasa sedih dan syahdu tengok keadaan Fazil begitu . Bila bercakap dengan dia , kami tengok tempat lain . Fatin selamba je . Tapi , syukur Alhamdulilah ... Fazil sudah agak pulih . ^_^

Lovely Day !!!

Okay , dah banyak sangat ... tak larat nak taip but im not lazy ! Quite tired ! Jadi , Insya-Allah saya sambung kalau rajin ........ hehehe ..... ^_^

Salam ....................................................................................................










2 comments:

eqbalzack said...

update selalu nanti ok...
walaupun sebaris ayat...hehe

Najeera Yahya said...

Insya-Allah , sya cuba ..he3