Asslammualaikum semua ....
Sudah breakfast ? Sudah mandi ? Sudah kemas rumah ?
Kalau belum , cepat pergi selesaikan ya ...
nanti saya rotan ...haha
pamdai-pandai jer ...
Okay , kembali serius ...
mesti kamu semua tertanya-tanya ...
kenapa saya buat entri pasal Y@HUD1 ni ???
Mereka adalah musuh kita kan kan kan ??
Saya nak kongsi fakta-fakta yang menarik dalam buku
Saya nak kongsi fakta-fakta yang menarik dalam buku
yang saya baca ni iaitu
'' YAKJUJ & MAKJUJ : BENCANA DI SEBALIK GUNUNG ''
terima kasih kepada Solihin yang mahu saya kongsikan juga apa yang
saya baca ni ...
Allah Yibarik Fiqh Ya Solihin ...
^_^
Insya-Allah , saya akan update setiap Bab dalam buku ni ...
kalau mendapat sokongan korang yer ....
^_^
Bismillahirahmannirahim....
Persoalan 1 : Kenapa kita perlu mengkaji Yakjuj dan Makjuj melalui inskripsi Y@HUD1 ?
Mari saya jelaskan , cewah ...
Sejarah Islam merekodkan sebab turunnya ayat-ayat Al-Quran tentang Yakjuj dan Makjuj adalah jawapan balas Allah kepada soalan Yahudi Madinah tentang Zulqarnain . Kisah ini dirujuk dalam al-Quran surah al-Kahfi ayat 83-98 :
'' Dan mereka bertanya kepadamu mengenai Zulqarnain . Katakanlah ,''Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya .' Sesungguhnya Kami berikan kepadanya kuasa di bumi , dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu diperlukannya . Lalu ia menurut jalan yang menyampaikan maksudnya . Sehingga apabilaia sampai ke daerah matahari terbenam , ia mendapati terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur , dan ia dapati di sisinya satu kaum . Kami berkata ,''Wahai Zulqarnain ! Kamu boleh menyeksa mereka atau kamu bertindak secara baik terhadap mereka .' Ia berkata ,'' Adapun orang yang melakukan kezaliman , kami akan menyeksanya , kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya , lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya . Adapun orang beriman dan beramal soleh maka baginya balasan baik , dan kami akan perintahkan kepadanya perintah kami yang mudah . Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain . Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit , ia mendapati terbit kepada suatu kaum yang Kami tidak menjadikan bagi mereka perlindungan daripadanya . Demikian halnya , aan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi segala yang ada padanya . Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung , ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir -hampir mereka tidak dapat memahami perkataan . Mereka berkata ,'' Wahai Zulqarnain , sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi , Maka setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka ? '' Bawalah kepadaku ketul-ketul besi , sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu , iapun berkata ,''Tiuplah dengan alat-alatmu ,'sehingga ia menjadi api berkatalah ia ,'' Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya .'' Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu , dan mereka juga tidak dapat menebuknya . Berkatalah ia ,'' Ini ialah suatu rahmat daripada Tuhanku , maka apabila datang janji Tuhanku , Ia akan menjadikannya hancur dan janji Tuhanku itu benar .''
Merujuk kepada gaya pertanyaan pendeta-pendeta Y@HUD1 itu , dapat diduga pengetahuan mereka mengenai Zulqarnain agak mendalam . Oleh sebab itu , jejak Yakjuj dan Makjuj perlu diteroka di dalam kitab-kitab Y@HUD1 .
Iklan oleh Nulia : Sesiapa yang merasakan ia agak berat untuk difahami , maaf ya . Kajian yang mengikut kitab-kitab Y@HUD1 agak memeningkan kepala kerana ia bercampur dengan pendapat tokoh barat . Jadi , bacalah untuk pengetahuan sahaja ya ^_^
Okay kita terus kepada tujuan dalam eksplorasi inskripsi Y@HUD1 tentang Yakjuj dan Makjuj iaitu :
1. mengetahui & memahami teks2 Y@HUD1 tentang Yakjuj dan Makjuj
2.mengetahui kronologi sejarah bangsa Yakjuj dan Makjuj
3.hubung kait sejarah Yakjuj Makjuj dengan bangsa Y@HUD1
4.menjawab tuduhan orientalis dan evangelis yang menuduh kisah Yakjuj dan Makjuj dalam al-Quran adalah plagiat daripada kitab2 Y@HUD1 dan kitab sejarah
5. menjawab tuduhan oreintali, evangelis dan zionis yang menuduh Gog dan Magog / Yakjuj dan Makjuj adalah suatu bangsa dari negara-negara Islam
Baiklah , kita akan menyusuri jejak-jejak teks inskripsi Y@HUD1 tentang bangsa Yakjuj dan Makjuj ini iaitu :
2. Perjanjian Baru - sebahagian ( New Testament )
3. Naskhah Gulungan Laut Mati ( Dead SeaScroll )
Cebisan Naskhah Laut Mati
Pergunungan Qumran , tempat Naskhah Laut Mati dijumpai .
4. Kitab Talmud
Dan juga tiga buah buku Tulisan sejarawan Rom berdarah Y@HUD1 , Flavious Josephus ( 1 Masihi ) :
1. Jews Wars
2.Against Apion
3.Antiquities Of The Jews
Iklan oleh Nulia lagi : Saya akan terus ke topik utama mengenai Yakjuj dan Makjuj dalam kitab-kitab Y@HUD1 ini . Kerana , penulis buku ini Muhammad Alexander menceritakan tentang latar belakang dan pembentukkannya kitab-kitab ini . Dalam kitab-kitab Y@HUD1 ini banyak sekali pendapat-pendapat tokoh mengenai pemerintah dahulu kala yang kejam , perang dan sejarah-sejarah Y@HUD1 . Kalau kamu semua mahu saya ceritakan juga , boleh juga ^_^ .
Analisis Eksplorasi Sinkronik - Diakronik tentang Yakjuj dan Makjuj
Dengan inskripsi Y@HUD1 , dapat diperoleh ,maklumat tentang garis keturunan Yakjuj dan Makjuj . Keturunan Yakjuj Makjuj berasal daripada garis keturunan Yafits , Yafet atau Japheth bin Nuh , iaitu Kitab kejadian / Genesis 10:1-2 . Begitu juga Inskripsi Laut Mati ,terdapat beberapa ayat yang menyebut Magog ( Majuj dan Makjuj ) adalah anak daripada Yafet bin Noah .
Carta : Sinkronik dan Dikronik Yakjuj dan Makjuj dalam Y@HUD1
Maaf , kalau tak jelas ... Saya sudah mencuba snap sebanyak mungkin dan
sebaik mungkin supaya korang dapat tengok ....
Usaha Mengaburkan Identiti Bangsa Yakjuj dan Makjuj
Dalam penjelajahan lebih jauh inskripsi Y@HUD1 ini , jelas para envangelis barat dan timur berusaha menutup peranan bangsa Gog dan Magog dalam kitab mereka . Mengapa mereka lakukan seperti itu ? Apa yang penting sangat sehingga perlu menutupnya ??? Jeng ... Jeng ... Jeng ...
Jelas sudah bangsa Gog dan Magog pernah keluar melakukan perluasan kuasa ke kawasan Timur Tengah pada abad 8 hingga abad 4 Sebelum Masihi . Menurut Flavius Josephus , Magog adalah bangsa Scythian ( orang Scythia ) . Siapakah bangsa Scythia ini ?
Setelah dibandingkan , para Evangelis Barat menyimpulkan bangsa Scythia ini berasal daripada keturunan negara yang selalu berperang dengan Palestin sekarang ( saya letak sbg ISRL - faham tak maksud saya ? ^_^ hehe ) , iaitu daripada keturunan 10 suku ISRL yang hilang .
Setelah mendapat tahu mengenai bangsa Scythia adalah keturunan ISRL dan daripada bangsa Scythia ini LAHIR bangsa-bangsa Eropah dan Amerika , mereka cuba MEMBERSIHKAN sejarah scythia supaya mereka dikenali dengan bangsa yang BERADAB . Mereka menggantikan rupa sejarah Scythia yang nomadbarbar menjadikan bangsa yang beradab . SUATU KESALAHAN SEJARAH YANG FATAL !!!! Lebih malang lagi mereka menyalahkan keyataan Flavius Josephus yang menyebut Scythia adalah keturunan Magog . IA ADALAH PUTAR BELIT FAKTA YANG MENGGELIRUKAN !!!!
Cubaan membersihkan diri , para evangelis dan zionis dengan tegas menyematkan maksud nama Scythia dengan nama suku yang berasal daripada nama Isaac atau Nabi Ishak bin Ibrahim . Satu usaha membela diri dengan mencemarkan Nabi Ishak kita . Patut kah sahabatku ???? TIDAK SEMUDAH ITU !!!!!
Sebenarnya banyak lagi mereka usaha mengaburkan nama baik mereka , tetapi buat masa ini sahaja topik yang dibicarakan dalam buku Yakjuj dan Makjuj : Bencana Di Sebalik Gunung oleh Muhammad Alexander atau Wisnu Sosongko . Insya- Allah ,kita sama-sama merungkai misteri bangsa yang bakal muncul di Akhir Zaman ....dengan mengikuti saya ke Bab-Bab dalam buku ini .... Terima Kasih kerana sudi membaca . ^_^
P/S : Maaf , kalau korang tak suka baca entri panjang lebar ni . Saya hanya mahu berkongsi dengan kalian sahaja ..huhhhuhuhhuhuhu.... Maaf kalau ada kesilapan bahasa ^_^

Allah Yubarik fiqh kepada pembaca yang setia ^_^
hehe
6 comments:
susahnya nak faham... urmmm.. poning den.. hahaha.. btw teruskan penulisan cik basikal dan piano... ^_^
saya cuba untuk memahaminya..
adan : pening ya ??? hurm, makanlah panadol...ngeee ^_^
adan : pening ya ??? hurm, makanlah panadol...ngeee ^_^
syukran ya ukhti sbb sudi tunaikan permintaan sy..
smoga Allah memberkati kesungguhan saudari menyebarkan ilmu ini..
susah jugak rupanya nak faham kisah yakjuj makjuj ni..
byk teori dan perkataan yg sy x pernah dgr mcm sinkronik dan diakronik.. hehe..
solihin ... afuan ...hehe amin....ya , sya juga agk pening nak faham....Ayat yg digunanya sgt standard ...hehe
good Nulia..kupasan yg menarik!
Post a Comment